Jumaat, 11 Januari 2013

HKR 112: Tok Guru Hj Salleh Musa Gesa Jangan Khianati Nabi



Kulim: “Islam adalah menurut dan mengikut apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Oleh itu sebagai tanda kita menurut dan mengikut Nabi maka semua rakyat Malaysia mesti turun ke Himpunan 1 Juta Rakyat di Stadium Merdeka esok. Sekiranya kita tidak turun maka kita telah mengkhianati Nabi Muhammad s.a.w”. itulah antara pesanan Ulamak terkenal, Tuan guru Hj Salleh Musa di Program Munajat dan ceramah anjuran MTD Kulim semalam.
Menjelaskan dengan lebih lanjut lagi. Beliau menyatakan bahawa Nabi Muhammad telah berpesan kepada kita apabila melihat kemungkaran maka handaklah ditegah, “maka himpunan ini adalah sebagai salah satu cara untuk kita untuk mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh Umno”, ujar beliau.
Beliau yang akan turut serta dalam himpunan itu juga berpesan dan mengajak semua rakyat untuk berfikir tiga perkara yang ada hubung kaitnya dengan kehidupan dunia dan akhirat. Pesanan pertama beliau ialah mengajak rakyat agar sama-sama untuk mengenal Allah, ini kerana apabila seseorang telah mengenal Allah maka segala urusan didunia dan akhirat akan selesai.
Seterusnya beliau menggesa supaya rakyat sentiasa berfikir terlebih dahulu sebelum  membuat sesuatu perkara. “Umno ajak saya sertai mereka, PAS pun ajak saya sertai mereka. Jadi saya pun pikir antara keduanya mana yang boleh memberi keuntungan kepada saya dunia akhirat, akhirnya saya memilih perjuangan ini kerana saya telah mengenal Allah”, tegas beliau.
Pesanan beliau yang ketiga pula ialah sentiasa pamerkan akhlaq yang mulia ketika menyertai himpunan esok, “Kalau umno hina kita, caci kita dan provokasi kita dihimpunan nanti, kita jangan balas balik, Kita balas dengan doa. Ini sejajar dengan Akhlaq Nabi Muhammad apabila baginda berhadapan dengan musuh”. Ujar beliau lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan