Selama: Setiap rakyat perlu tahu siapakah pemerintah kerana pemerintahlah yang akan menentukan dasar sesebuah negara. Yang Dipertua PAS Taiping, Ust Mohd Fakhrudin Abd Aziz berkata, dengan dasar inilah yang akan menentukan samada rakyat akan menderita atau mendapat keuntungan. "Kalau Umno menang, minyak naik, bolehkah kita kestesyen minyak dan bagitahu pada tokey minyak saya nak harga lama sebab saya tak mengundi. Jawapannya tentu tidak boleh kerana apa dasar kerajaan maka rakyat yang akan tanggung". Hujah beliau.
beliau turut kesal kerana Pas sebagai sebuah parti politik yang sah dilayan seperti parti haram dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat, "tidak ada negara maju didunia yang melayan pembangkang seperti di Malaysia dimana rakyat mendapat maklumat dari semua parti dan rakyat akan mengundi parti berdasarkn maklumat. inilah demokrasi yg ada di bumi Malaysia". tegas beliau.
Beliau juga menjelaskan, mutakhir ini menunjukkan sokongan kepada umno semakin merudum, "buktinya adalah dalam himpunan kebangkitan rakyat dimana pakar matematik meramalkn 700000 keluar berhimpun tanpa dibayar walau sesenpun bahkan rakyat yang sanggup mengeluarkan duit sndiri". Ujar beliau.
Seterusnya, beliau menyifatkan media dinegara ini semakin tidak bebas, hujahnya dalam isu amanat hj hadi Presiden PAS hanya meminta1jam sahaja untuk menjawab isu tersebut secara langsung namun tidak dilayan kerana bimbang dengan hujah pimpinan Pakatan Rakyat.
Sambung beliau, oleh kerana bimbang sambutan terhadsp Pakatan Rakyat semakin meningkat maka untuk memujuk rakyat, "kerajaan memberi pelbagai insentif untuk gula2kan rakyat, namun rakyat tidak mudah lupa dengan penyelewengan yang dilakukan oleh umno. Contohnya kes NFC dimana seorang membolot RM250 juta sedangkan rakyat hanya dapat RM500. Sambung beliau lagi, peruntukan ini bukanlah membantu meringankan beban rakyat bahkan rakyat akan dibebankan dengan pelbagai cukai apabila umno dapat memerintah kembali dalam PRU". Tegas beliau.
Khamis, 24 Januari 2013
YDP TAIPING: Rakyat kenal Pemerintah, Rakyat akan untung
| Reaksi: |
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan