Isnin, 22 Julai 2013

PERJUANGAN AKHIR HAYAT SI JEBAT

            Setelah Jebat luka di istana ketika berlaku pertikaman dengan Tuah - Maka Tuah pun melangkah turun meninggalkan Jebat dengan keris Pamong Sari di tangannya - Lantas Jebat meluru turun tangga istana - Mengamok dengan menikam rakyat .
            Menjawab persoalan yang mengelirukan - Kenapa Jebat tetiba membunuh rakyat Melaka? Sedangkan Jebat membela keadilan bukan saja untuk Tuah tetapi untuk rak,yat Melaka - Diakhir kehidupan/perjuangan Jebat ialah menbunuh rakyat yang dianggap tidau berdosa (?).
             Secara rengkasnya Jebat menderhaka kepada Sultan - Dia juga menentang kezaliman dan ketidakadilan para pembesar Melaka ketika itu.
              Di belakang Sultan dan para pembesar itu ialah rakyat - Apakala berlaku sesuatu petaka - maka rakyat yang dipanggil datang dan dihalau pergi penuh dengan kesetiaan itu dijadikan benteng mempertahankan kekuasa atas semangat setia ke bawah duli Sultan Melaka. Para pembesar menumpang tuie dengan kesetia rakyat itu.
               Maka rakyat inilah yang mengelilingi istana Melaka menempelak jerit pekik menghina Jebat - Maka rakyat inilah yang sepatutnya pada pemikiran akhir hayat Jebat yang mesti dihapuskan sama demi melangusng mudahkan perjalanan keadila/kesejahteraan untuk Melaka akan datang yang akan dipikul oleh mereka memperjuangkan Demi Rakyat.
                Ertinya - Jebat terpaksa membunuh rakyat yang setia membuta tuli kepada pemerintah Melaka untuk membuka jalan mudah membetulkan pemerintah yang zalim.

           

Selasa, 18 Jun 2013

PANTUN BLACKOUT 505

Tuai padi antara masak,
esok jangan layu-layuan;
turun reformasi berasak-asak,
di hati jangan malu-maluan.

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga;
biar berjalan termengah- mengah,
niat yang baik diteruskan juga.

Sorong papan tarik papan,
buah keranji dalam perahu;
orang ke depan kita ke depan,
demi janji berganding bahu.

Pok pok bujang lapok,
ada rokok kongsi bersama;
22 Jun ke Padang Merbok,
bersama himpunan BLACKOUT 505.

PENGHUNI TUNGGAL
TERATAK KAMPUNG.
18 Jun 2013

Isnin, 17 Jun 2013

Puisi - BLACK 505 22 JUN 2013


Tak kan aku biarkan
kamu keseorangan di jalanan
melepasi benteng sekatan
kezaliman
kerana hari ini adalah hari itu
yang bernama BLACK 505.

Apakah kalian mahu melepaskan
halilintar penipuan itu
begitu saja
untuk anak cucu kita
dipernoda oleh sang pendusta
yang menjerit tiada henti
\atas nama demokrasi.

22 Jun 2013 menanti tibanya
para pemburu
menentukan satu masa
satu perjuangan
bukan dengan kata-kata saja
tapi dengan perbuatan berani
melangkaui bala dan bencana
tiada henti.

Demikianlah aku akan bersama mu
rebah bangun menentang sang penipu.

MANKADIR
Lanchang, Pahang.
17 jun 2013




GAH KATA GELEGAR - RASUK JUGA YANG PATAH.

           Alhamdulillah - Lepas PRU 13 ini macam lepas PRU dulu-dulu juga. Sepi! Rakyat ternanti-nanti. Yang kalah menunggu kemenangan akan datang. Yang menang pula menunggu habuan apa yang akan datang ke riba.
           Suatu yang pastinya calon-calon yang menang akan mengangkat sumpah di Parlimen pada 24 Jun 2013 ini. Samada mereka dari BN atau dari PR. Tidak ada boikot.
            SPR tipu atau tidak itu soal lain. Pertama MP dan ADUN sudah diistiharkan menang. Besar atau kecil majoriti bukan ukuran. Menang tetap menang. Guna rasuah atau ugutan atau pujukan bukan masa untuk diperkatakan. Yang utamanya masuk ke Parlimen atau Dewan Undangan Negeri membawa mandat rakyat.
             Peduli apa dengan apa orang nak kata. Biar orang kata sampai berbuih mulut. Ada maruah atau tidak soal lain. Biarlah orang kata. Hah tengok si anu tu. Kalau tak kerana Brim rm500.00 mampus tak akan menang. Biar orang kata. Ala kata SPR menipu tapi macam mana PR boleh menang.
              Yang lain selain membawa mandat rakyat. Ada juga yang mengharapkan alaun MP dan ADUN ditingkatkan lagi sejajar dengan perbelanjaan yang semakin meningkat. ADUN Serawak dah menikmati harapan ini.
               Jika hasrat ini dilakukan di Parlimen dan dibawa oleh MP BN. Harap MP PR akan sokong sama. Menikmati kehidupan sebagai Yang Berhurmat bukannya mudah. Semua rakyat terutamanya pengundi di kawasan pilihanraya masing-masing mengharapkan wakil rakyat mereka. Faham ajalah karenah rakyat di dalam negara yang penuh dengan amalan rasuah.
               Persoalannya ... Apakah bila sudah angkat sumpah sebagai MP di Parlimen dan ADUN di Dun maka SPR sudah kembali bersih? Dan rakyat dilagukan kembali menjelang  dan beberapa hari selepas PRU 14 nanti dengan lagu "Suhanjaya Pilihan Raya - SPR - Suruhanjaya Penipu Rakyat".
                Oleh itu jangan jadikan rakyat buah catur untuk kemenangan si penggeraknya  yang mempunyai kepentingan diri mengatasi kepentingan rakyat. Gah kata gelegar - rasuk juga yang patah.
                Sekian.