Isnin, 17 Jun 2013

GAH KATA GELEGAR - RASUK JUGA YANG PATAH.

           Alhamdulillah - Lepas PRU 13 ini macam lepas PRU dulu-dulu juga. Sepi! Rakyat ternanti-nanti. Yang kalah menunggu kemenangan akan datang. Yang menang pula menunggu habuan apa yang akan datang ke riba.
           Suatu yang pastinya calon-calon yang menang akan mengangkat sumpah di Parlimen pada 24 Jun 2013 ini. Samada mereka dari BN atau dari PR. Tidak ada boikot.
            SPR tipu atau tidak itu soal lain. Pertama MP dan ADUN sudah diistiharkan menang. Besar atau kecil majoriti bukan ukuran. Menang tetap menang. Guna rasuah atau ugutan atau pujukan bukan masa untuk diperkatakan. Yang utamanya masuk ke Parlimen atau Dewan Undangan Negeri membawa mandat rakyat.
             Peduli apa dengan apa orang nak kata. Biar orang kata sampai berbuih mulut. Ada maruah atau tidak soal lain. Biarlah orang kata. Hah tengok si anu tu. Kalau tak kerana Brim rm500.00 mampus tak akan menang. Biar orang kata. Ala kata SPR menipu tapi macam mana PR boleh menang.
              Yang lain selain membawa mandat rakyat. Ada juga yang mengharapkan alaun MP dan ADUN ditingkatkan lagi sejajar dengan perbelanjaan yang semakin meningkat. ADUN Serawak dah menikmati harapan ini.
               Jika hasrat ini dilakukan di Parlimen dan dibawa oleh MP BN. Harap MP PR akan sokong sama. Menikmati kehidupan sebagai Yang Berhurmat bukannya mudah. Semua rakyat terutamanya pengundi di kawasan pilihanraya masing-masing mengharapkan wakil rakyat mereka. Faham ajalah karenah rakyat di dalam negara yang penuh dengan amalan rasuah.
               Persoalannya ... Apakah bila sudah angkat sumpah sebagai MP di Parlimen dan ADUN di Dun maka SPR sudah kembali bersih? Dan rakyat dilagukan kembali menjelang  dan beberapa hari selepas PRU 14 nanti dengan lagu "Suhanjaya Pilihan Raya - SPR - Suruhanjaya Penipu Rakyat".
                Oleh itu jangan jadikan rakyat buah catur untuk kemenangan si penggeraknya  yang mempunyai kepentingan diri mengatasi kepentingan rakyat. Gah kata gelegar - rasuk juga yang patah.
                Sekian.
   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan